Monday, December 20, 2010

Hujan di bumi PJ

Malam ni hujan turun dengan lebatnya. Kaki suara aku pun basah ketika nak melangkah masuk ke dalam kereta walaupun tempat tu berbumbung. Hantar Z ke kelas lagi malam ni seperti malam2 weekdays sebelum ni. Punya la banyak air turun dari langit yang gelap menyebabkan wiper aku terpaksa bekerja keras untuk menjernihkan pemandangan aku yang memandu.

Bila tiba hujan, seluruh Lembah Klang pastinya jadi kelam kabut. Semua bergegas nak pulang dari pejabat, nak pergi dari poin A ke poin B secepat yang mungkin supaya tak terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Tapi nak buat camne, inilah keadaannya setiap kali hujan. Malam ni ada sedikit lainnya, barangkali kerana hujan turun selepas maghrib, ramai orang dah selamat berada di rumah masing2.

Semasa dalam perjalanan pulang dari kelas Z tadi, aku nampak 3 manusia bergelut dengan hujan, mereka kuat, hujan kuat lagi menimpa mereka, mereka bertahan, hujan bertambah lantang. Seorang pakcik berjalan tanpa payung meredah hujan, berpakaian gelap, laju langkahnya walau kesejukan. Seorang nyonya tua mengayuh basikal dengan topi besar yang selalunya dipakai pekebun untuk mengelak panas. Bajunya basuh kuyup, barangkali rambutnya juga. Tatkala aku menghampiri kawasan perumahan, seorang petugas keselamatan duduk di bawah payung besar memerhatikan kenderaan yang keluar masuk dari kawasan itu. Ada 'rumah treler' di belakangnya yang tentunya lebih selesa untuk berteduh dari payung gerai tu, tapi kerana tugas dia tetap duduk di situ. Seluarnya basah paras lutut, harus kasut dan stokinnya juga.

Aku yang duduk dalam kereta sejak tadi asyik mengeluh hujan menyebabkan aku sejuk, terpaksa matikan penghawa dingin - tambah sesak rasanya dalam keadaan yang kejap sejuk kejap panas. Hujan juga menyebabkan sukar untuk aku memandu, dah la rabun..tambah tak selesa dengan deraian hujan yang tak henti2 membasahi cermin kereta aku...

Betapa aku ni sentiasa lupa untuk bersyukur atas semua nikmat yang Allah dah beri..kalaulah aku yang kena meredah hujan tanpa payung atau topi, terpaksa bekerja tak mengira panas atau hujan, macam manalah rasanya..

Astaghfirullah..

Friday, September 3, 2010

ramadhan & syawal

Tahun ni saya rasa raya akan terasa lain.

satu - jauh dari kawan2. tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat student favourite tergolek di tangga. (*haha tersembul sifat nakal di bulan puasa..udah2 la tu alien, dah grad dah pun budak tu).

dua - raya di hujung minggu rasa tak puas nak berjumpa semua orang.

tiga - tahun ni sempat buat dua jenis kuih raya (kuih ringkas mudah dan cepat hahaha), tentula raya rasa lain sebab air tangan sendiri dan bukan air tangan makcik Noraini atau makcik Alina atau mak Jah.

empat - poket tak berapa nak berisi. tapi saya tetap positif, Allah Maha Adil pasti Dia sudah merancang segala yang terbaik.

Ramadhan kali ini pun terasa lain

satu - demam yang sangat teruk di hari pertama ramadhan - tak puasa tapi tak lalu makan dan minum kerana badan rasa sakit dan lemah. hari ke-2 dan ke-3 puasa masih demam tapi paksa kan diri puasa. hari ke-2 baru start solat terawih.

dua - buat keputusan yang penting pada penghujung bulan Ogos. syukur pada Allah kerana kasih sayang Nya dan pemberian yang tak pernah putus walau aku jarang bersyukur dan rajin lalai.

tiga - kurang baca al-quran di permulaan puasa, tapi sekarang tengah racing cuba baca sebanyak2 nya.

empat - lebih banyak masa di rumah. dapat berita gembira dari Mr.SuperV. lebih banyak sebab untuk sentiasa bersyukur.

***

Selamat menyambut Syawal kawan2. Tapi yang lebih utama, semoga kita sama2 memeriahkan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita tak berapa hari lagi ni dengan perkara2 sunat yang dituntut dan diajarkan oleh Rasulullah yang mulia.

Mohon maaf atas segala kekasaran perilaku dan bahasa. Mohon dimaafkan segala kesilapan dan kesalahan sama ada sengaja atau pun tidak.

Salam alaikum.

Thursday, August 5, 2010

mana semua?

- mak lenggang, aiko chan, kasya, musnieda, lieawulf - kenapa lama tak post ape2?

Monday, July 19, 2010

I HAVE SURVIVED!

...my very first class at this new place. Alhamdulillah. However, it's not my real class as I only 'relieved' the lecturer who was on leave today. It's part of the class sharing policy. Luckily she had already told me what to teach.

My real class will only begin at 12noon today and will end at 6pm with a few intervals in between. Enough time to get my lunch and perform my prayers.

The response was quite ok. I have to admit having bigger class is definitely a challenge as I have to increase my voice volume to adjust to the new surrounding. I did manage to make the students work in group and present their ideas in front of the class. Towards the end of the class I believe I have managed to instill some important 'ideas' or at least, get them cracking about it. My students are TESLians and this morning class were also TESLians of a different intake. I haven't met my real students yet, but if this is the kind of the students that I'm going to face, I believe I am up to the challenge and I am positive that we are going to have a lot of information sharing sessions later on.

This morning I told the TESLian to start treating themselves as teachers. Some students were late, and many refused to sit in the front rows, and many had the difficulties to project their voice so that they can be heard by their friends. So I told them that it's important for them to start practising now to become good teachers in the future. So my dear TESLians out there, if you're still studying, start treating yourselves as teachers and observes the 'code' of teachers hehehe...

Thank you Allah for making this morning a good experience for me.

Monday, July 12, 2010

Jalan kebahagiaan

Dalam senyummu
tersirna tembelang
Dalam manismu
ada hempedu yang merembes dengki
Pada gelak tawamu
terkandung hilai hasad
Dalam keramahanmu
terkandung cita-cita memusnah

Hai si nyamuk penyusah
Betapa busuk seketul daging
di celahan dadamu
Betapa hanyir sejalur lidah
yang hampir di lelangit dan rahangmu
Betapa jiwa jasadmu
kosong gelap dan berbau!

Walau aku beranikan diri menghampirimu
Menjejak kelemahanku demi mencari
damai
Engkau tetap si nyamuk penyusah
yang egois!
Enggan menyerah walau tetap
tersenyum berpura manis
dalam keramahan yang menghinakan
dirimu sendiri!

AKU BUKAN TUHAN!
AKU JUGA TIDAK AKAN BILA-BILA BISA MENJADI TUHAN!

Lantaran itu, di sini sahaja tanggungjawabku.
Moga kau ditunjukkan jalan kebahagiaan...

Wednesday, July 7, 2010

Monday, July 5, 2010

sedikit janggal hari ini

it felt awkward when i drove along the usual route today..
it felt even more awkward when i walked down the alley towards 'our' makan place..
pictures from scenes where there used to be TWO people inside them came floating in front me..
it felt very awkward going places and doing things that we used to do without your presence today.

i know it's hard on you too, especially with all the new responsibilities and challenges thrown your way. i could choose to 'influence' you to give up and quit and i know my 'heart' is tempted to do it, but the other side of my heart and my brain stopped me from doing so as i wish not to 'ruin' you.

we're progressing in life but i'm pretty sure we're already missing our 'old' life and our 'old' self. it's funny how our life has changed by just a simple desire to have a better life..not a decision to regret though.

we're going to pull through this test, biiznillah insya Allah...

Wednesday, June 30, 2010

~:: LiFe iSn'T LiKe a Bed oF RoSeS::~

Hidup tk selalunya indah.. langit tk selalunya cerah... sbg manusia, kita sering  dilanda pasang surut ibarat air di lautan.. turun naiknya graf hidup adalah perkara yg biasa. begitulah khidupan manusia...kdg2 kita di atas.. kdg2 kita di bawah.. selalu sy mengingatkn diri sendiri.. apa2 pon yg blaku, apa2pon yg kite terima, hadapi semuanya adalah ujian dlm hidup kita.. buat cik aiko..tabahkn hati..ingtlah ..ape yg blaku ada hkmahnya.. mungkin AllahSWT nk cik aiko bersiap sedia mengalami perubahan dlm hidup krn lmbt laun cik aiko n sahabat cik aiko akn mempunyai 'life' sendiri nti.. sincerely.. sy turut merasai tempiasnya 'perpisahan' ini...
sy sgt sedey......................................................................
 Buat cik aiko.. terima kasih krn sudi mnjadi kawan yg baik utk sy.. sy mesti rindukn teguran membina daripada cik aiko..dlm ramai2 kwn yg hadir dlm hidup sy. tk rmai yg sudi menegur sy klu sy buat silap..
sejujurnya.. wlaupun sy mmg ade bestest friend a.k.a roomate... tp sy tetap memerlukn kawan spt cik aiko utk jd kawan yg baik buat sy..
utk hari2 yg bakal dhadapi nti.. sy bdoa agar kita sentiasa dilindungiNYA..dijauhi daripada segala kejahatan di langit mahupun di bumi..

Sesungguhnya.. Allah tidak akn membebankn manusia itu dgn bebanan yg tidak dapat ditanggung oleh kita.. kita adalah manusia yg terpilih utk menerima 'kesakitan' ini..
insyaAllah.. semuanya akn baik kelak.. wlau pahit..

"Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan."-dipetik dr Pesanan Luqmanul Hakim

Tuesday, June 29, 2010

"Bila berpisah...

...selalu gelisah" - aku teringat lirik ni hari ni sebab I'm going to have to 'let go' of a friend who's been very dear and close to my heart. Bukanlah letting go in the sense that I won't be seeing her ever again, cuma mungkin tak sekerap dulu. Aku cuba hiburkan hati dengan mengingatkan diri sendiri dia cuma pindah tempat kerja, bukan pindah 'hati' atau 'pinda' persahabatan.

I know it won't be easy. The next 48hours would be the toughest. Her last day and then her 'absence' at my workplace, her soon-to-be previous workplace. I know I would cry my eyeballs out, but I need to toughen up myself for her, I need to put on the 'heavy make-up' so that the 'show' won't be ruined. But I'm not sure I am that strong. Between me and her, I am the more emotional one, the one who would 'express' herself rather freely...she might seem gentle and fragile, but she's very strong inside. I'm the 'poetic' type or ciwang as they called it in Malay, hence it's easier to see me crying although I appear to be very strong and 'disciplined'. I don't know why lately it has become a rather easy 'task' for me to let tears run down my cheeks though I wish not to do so. Sometimes I am embarrassed with myself for allowing such a small issue to press the tear button..Entahlah, mungkin faktor usia juga memainkan peranan dan juga latarbelakang 'sastera' aku yang buat aku jadi 'cengeng' bak kata dia..

Intan, I just want you to know that whatever happens, I will always be by your side aiding you to the best I can, and will always and forever be your bestest friend. Thank you for being my greatest and most understanding friend for the past 3 1/2 years and I hope this would continue till the end of our time. I know our life is about to change, but I hope it will only make our friendship better and closer. I love you my dearest friend and I hope in the future we will have more and more and more time together. I love you my dearest sister, I love you my bestest friend!

Saturday, June 26, 2010

Manusia kawan aku

Kadang-kadang aku confuse dengan perangai manusia. Mereka kata tak suka tapi tetap mereka buat. Tak suka si X sebab dia suka mengata mengutuk dan menjaga tepi kain orang, tapi bila si X bergosip, kau jugak nak open table dan jadikan X tetamu undangan. Tamat gosip X tamatlah hubungan kau dengan dia pada hari tersebut. Macam mane tu? Ada pula manusia yang jenis suka rasa dirinya yang paling hebat, yang paling harus disanjung, yang sentiasa rasa dirinya lebih baik dan mulia dari semua orang. Hakikatnya, dialah orang yang paling tidak disukai,paling selalu diumpati,paling selalu dimaki dalam hati. Cuma barangkali pangkat sajalah yang banyak menyelamatkan dia dari dihentam orang2 kerdil di bawahnya.. Tak adil kan dunia ni? Atau mungkin kita perlu rephrase dan katakan - ramai orang yang tidak adil pada diri sendiri dan orang di sekeliling yang menjadi penghuni dunia ini..

Monday, June 21, 2010

Facebook dan Privacyku

hapdet hapdet hapdet blog plzzzzzz...... ade blog tp behabuk..dasar pemalas kamu ni cik aiko!!!

baiklah, tuan tuan dan puan puan sekalian, kali ini cik aiko nk bercerita perihal fesbuk (tipula kalo kamu xde akaun fesbuk kan, laaaaaaaaaaaaaaaaagi penipu la kalo kamu x tau pe menda fesbuk tuh kan) tp x pe, bg yg x tau bole google la malas cik aiko nak citer benda tu panjang lebar kat sini..

ok, bebalik pada cerita asal ye puan puan, cik aiko biasala, mcm budak budak remaja zaman skarang ni remaje ke???, haaaaaaaaarusla ada akaun fesbuk..tujuan ada fesbuk tuh hanya untuk mengisi masa lapang dan mengeratkan hubungan ngan member skola dan universiti... cik aiko xde la tejebak dengan permainan yang disediakan oleh fesbuk tuh, so memg strict la utk kumpul kawan kawan AGAIN utk KUMPUL KAWAN BUKAN KUMPUL LAWAAAAAANNN..............

TETAPI, ada beberapa ekor makhluk ALLAH ni yang mungkin juga jeles atau dengki. menambah cik aiko sebagai kawan dan nk tau semua benda yang cik aiko lakukan...yang seko ni, pompuan...minah ni siap sound cik aiko camni "weyh, mane pic balak engkau...apesal status ko single hah???, weyh ko ckp la bebetul ko ni ade boipren ke x? ahahahahaah" wahhhh...cik aiko tekesima la (bkn takashima) hoooooooookay... bagi cik aiko, cik aiko xde pun nk amek hati ke pe ngan ayat x syg mulut die tuh kan, sebab cm cik aiko ckp, fesbuk ni adlh utk berkomunikasi dgn kwn2, nk dkat kan jarak dgn kwn2 yg dh kerja di serata alam ni...bukan nk share cerita yang terlalu peribadi...kalo org lain nak buat, silakan xde salahnyer pun...tapi tidak untuk cik aiko buat ketika ini...skian trima kasih...samada cik aiko ade boipren atau tidak, atau samada cik aiko meletak pic cik aiko dan boipren mahupun cik aiko mengubah status cik aiko dr "single" ke "in a relationship", x akan mengubah ekonomi negara mahupun menyelesaikan isu palestin-israel, jd x de pe2 pun yg akn brubah, so biarla ia jd begitu shj ye sahabatku yang begitu mengambil berat akan diriku ini....

babak ke2 plak, crita tentang seorg mamat nieyh, die (K) juga menambah cik aiko sebagai kawan dan cik aiko x nmpak mamat ni ada niat tersembunyi, sementelah pula kami tidakla begitu rapat di luar alam maya...ok la, stakat nak bertanya khabar, kerana cik aiko dan dia pernah menjadi kawan, lepak makan besama, beborak borak...so rasa xsalah la kan, at least kalo dia nk kenduri kawen ke pe, snang la jemput cik aiko via fesbuk je kan, xde la lost kontek...TETAPI nk dijadikan cerita, mangkuk hayun ni (K) telah menjadi tali barut kepada seseorg yang cik aiko ada masalah(Z)...emm bukan masalah ape pun, biasala zmn2 remaja dlu kini masih remaja purba juga tau, kita berkawan, dlm berkawan kita rase kite terjatuh hati dengan kawan kite tadi (Z), tapi sebenarnya hanyalah mainan perasaan, and cik aiko pun jauhkan la diri dari die, tapi lame2 kitorg ok smula, berkawan balik cuma tidakla sprt dulu...opkos la cik aiko ade rase malu2 hanjen kucen ngan (Z) sebab dlu banyak gak la benda bodoh yang cik aiko dan (Z) lakukan huahuahua...so cik aiko memg agak membataskan info diri cik aiko skrg (sprt kerja dimana, sbg apa, dgn siapa berkawan dll) drpd pengetahuan (Z) tetapi si (K) ni menjadi talibarut membongkar segala apa yang cik aiko curahkan di wall, gambar2 cik aiko dimuat turun dan diberi kepada (Z), cik aiko bergerak kemana pun smpai ke pengetahuan (Z)..Alamak, bknla cik aiko takut kantoi ke pe, sebab xde ape2 pun cuma, perasaan kurang senang dgn tindakan (K) yang sangat tidak bermoral itewww...

Ok, org bole pertikaikan, kenape cik aiko tak private je pic cik aiko, bagi cik aiko snang je...cik aiko dh private kan hanya utk tatapan kwn2, dan cik aiko agak berhati hatila mengaprove kwn dan cik aiko bersangka baik je la dgn kwn2 yg ada dlm list arghhh x sangka plak begini jadinyer...dan mcmane pula gambar cik aiko yang d tag oleh org lain yang boleh di akses oleh mereka yang bukan kwn cik aiko??? x kan la cik aiko dpt sekat plak kaaaaaannn...

owh hidup ini memg x de privacy...kate kwn cik aiko snang shj, delete la acc fesbuk kamu, snang...tapi cik aiko kurg stuju la..sebab ada benefit lg fesbuk ni pd cik aiko...cuma selepas ini cik aiko akan lebih berhati hati, setting smula apa yg patut...

hurmmmmmmmmm...... kate org tue2, kalo takut dilambung ombak, jgn berumah ditepi pantai, sooooo, kalo takut hilang pvcy, sape suruh bermain fesbuk??? voley gitew???sendri mau ingat la cik aiko oii...ok stakat ini sahajala laporan luahan rase cik aiko kali ini....smoga betemu lagi di lain n3...watdehel la ko ni cik aiko mcmler ade org tertunggu tunggu nk bace n3 ko lak...huahuahuahua

Friday, June 18, 2010

Mak Ayah Pelajar Cikgu Pentadbiran

An ex-student of mine came today to appeal for his case. A year ago, he registered at my college and failed all of his papers with CGPA below 1.00. He was dismissed. The reason for his failure - skipped classes, missed quizzes and tests, late submission of assignments etc.

When his friends registered for Diploma the following semester, he repeated his Pre-Dip and repeated his old 'habits' - skipped classes, MIA during quizzes and tests etc. I called him and talked to him personally and I thought he understood, unfortunately he again failed to turn up for classes.

I sent the first warning to him and c.c. to his parents. MIA still. The second warning came and I had to call his parents before sending the letter. Talked to his mother and found out that he lied about many things and hid his first warning.

Later his father came to discuss his problems, and we decided to give him one last chance. Again, he didn't live up to our expectations. Finally I had to send him packing two weeks before the final examination (as agreed earlier).

This afternoon he came with his father. He had to convince the officer at the RP dept to issue him an offer letter to study here for the third time! His father told me that he has changed. And I believe him; being a teacher, I will always have a soft spot for my students no matter how naughty and 'evil' they are/were. So I told his father that we need to convince the officer that he has really changed!

The officer was very stern and didn't want to issue the letter at first. After he gave the students some advice, he finally agreed to allow this student to register in two weeks time.

I was there witnessing everything. I felt sad seeing the father having to go through such trouble because of this immature boy. I guess, we are lucky because our parents love us very much and even when we did wrong, they came out to lead us to the correct path, and make sacrificies that we can only wish we could repay. Our parents have/had to endure all the yelling, all the maki hamun and all the negative perspectives just to make us 'human' - good ones, of course!

The real question here is...have we done enough for our parents?

Tuesday, June 8, 2010

:::lagenDa buDak seTan:::


soooo.. ape yang begitu menarik dlm cerita ni? cerita lagenda budak setan ni adalah cerita adaptasi dari cerita garapan ahadiat akashah yang dlunya begitu fofular.. (masa zaman kegemilangan ahadiat)... zaman aku dlu, sape yg tak bace novel ahadiat ni kira ketinggalan zaman la.. masa aku mula bace novel die, ni masa form 5.. dedekat spm masa tu (pasal tu spm pon so-so je result)...

sabtu tu, aku tensi teramat sampai aku pon tarik la kezen aku nk g tgk CERITA CINTA AGUNG ni.. yang KHABARNYA boleh mengalahkan kisah cinta pontianak TWILIGHT.. so, aku pon dgn muke tak malunya masuk panggung (maklumlah... jarang tgk cite melayu kat panggung malah bole dikira dgn jari aku berapa kali masuk thk cite melayu).. tp kerana aku rasa, cte ni mmg tahap dewa, aku pon masuk dgn bangganya.. (kezen aku plak pilih tmpt yg kena dongak k... sbb panggung sgt penuh)..

tu diaaaaaa..... lagu die mmg lyn la tp aku rasa cerita cinta yang beratus2 malah mungkin cecah ribuan muka surat ni telah dikompres sehingga jalan cerita die sgt laju... (atau mungkin aku yg meletakkan expectation tinggi untuk cerita MELAYU).. muka farid kamil yang hensem tu (hensem ke die?) boleh nampak seketul2 jerawat die... bibir die.. hiyeeeeeeeeee.... gambar yg terlalu closed up.. no..no..no... ada satu part... gambar lisa kena lamar kat kedai bunge (somthing like that la.. pd pndpt aku.. mcm babak dlm cite Twilight masa edward ngan bella g aktiviti sains kat mana tah.. ) lebih kurang camtu la ala2 nya... sambung nk kritik blik... ada ke ptt, gambar masa kasyah lamar tu, gambo farid je penuh.. gambo lisa setengah smp idung.. pulok tu, gambo bekas cincin die tu nampak bunge yg atas je.... sgt keciwa.....

jgn bandingkan karya luar ngan karya negara kita.. yeke? cerita cinta agung PUTERI GUNUNG LEDANG malah lebih HEBAT.. kerana apa? kerana garapan yg teliti.. kisah sejarah itu juga bukannya sepuluh atau dua puluh muka surat... tp.. masih membanggakan... komen byk2 pon... nampak sgt ko keciwa.. so.. kesimpulannya, kalau anda nk habiskan duit anda untuk cerita yang biasa2 sahaja, silakan.. tp.. sy tidak menyesal sbb... sbb? sbb.. cerita ini pernah menjadi cerita kegilaan aku masa belajar dlu.. jd... sokong jela...

p/s? tak pyh nk p/s-p/s... mungkin keterujaan semua pihak di produksi yang nk pecah panggung utk cerita ni, tak ambil berat tntg kekemasan cerita die.. but... masih ada hasil kreatif yg cantik dlm tu...


Sunday, June 6, 2010

Selamat Hari Lahir

Hari ini harijadi dia yang ke-29. Aku tak pernah sambut harijadi dia. Cuma sekadar ucapan melalui sms dan panggilan telefon tiap kali jam berdetik 60 saat selepas tengah malam 6 Jun. Tetapi tahun ini seperti juga tiga tahun yang lepas, aku tak lagi menghubungi dia melalui telefon untuk ucap selamat. Sebaliknya aku hanya 'menyambut' dengan mengingati dirinya.

Dia ceria orangnya. Sanggup menari ala2 penguin Happy Feet di Times Square hanya kerana ingin memujuk aku menonton filem tersebut. Itulah kali pertama dan kali terakhir kami ke TS bersama. Waktu itu aku marah dia berkelakuan seperti budak2, aku tak suka. Tapi kini, kalaulah boleh nak aje minta dia menari lagi dan buat aku gembira. Hampir enam bulan kami berpisah, barulah aku berpeluang menonton Happy Feet di DVD. Barulah aku faham kenapa dia beriya-iya benar mahu aku menontonnya.

Hari ini harijadinya yang ke-29, aku benar ingin menghubungi..tapi akalku kata jangan. Cukuplah sekali dia katakan "You need to move on too". Di hari-hari yang hatiku degil dan tetap mahu mencari dia, ku pujuk dan beritahu diri "pastinya dia telah menemukan yang lebih baik"

I.A, selamat hari lahir...hari ini aku masih lagi menyambutnya dengan mengingati kamu dan dirimu sebelumnya.

Thursday, June 3, 2010

Freedom abused!

More and more people today are gainning access to knowledge and information. No doubt it is a positive development in building a nation. However, with progress comes challenges that are subtle enough to tempt our subconscious to break the 'rules' and the 'norms'.

It is quite true that some 'rules' ought to be re-analyzed given the fact that the rules were/are created by imperfect human beings. But how about rules and guidance given from high above?

Humans are given freedom to choose the way they behave and live. They are also given the freedom of expression and the freedom of speech. However, this freedom doesn't come for 'free'. We are accountable and responsible for our prized freedom. You can say whatever you want on any social webpage and believe and express anything in this short life but you are responsible for every word that you utter, for every action that you do, for every single thing that crosses your mind and heart even when others can't hear or see it.

Unfortunately, many people do not realize this and thus do and say things that hurt others and in the end hurt themselves. Some, like me, understand this as a fact but face difficulties in putting it into practice due to our own ignorance and desire. Hence, I am blogging this one out to be a reminder for me and for others.

I love the freedom given to me, but I am also worried if I have abused (and I had definitely) it and hurt others in the course of satisfying my ego and my desire to win every fight. When I see how others hurt their friends and families through the comments they posted online, I feel like I belong to that assaulting group and I feel bad. I want to belong to a better group of people, I want to be a better person and I definitely no longer want to abuse this very short-lived freedom given to me.

I want to fear the One who provides me with this freedom and I want to at least remember that I am accountable for my doings whenever I am up to something that abuses my freedom. It's time to change. To change for better.




Wednesday, June 2, 2010

Alam dewasa yang makin membingungkan

Banyak sangat konflik yang terjadi akhir-akhir ini. Barangkali ada silap di pihak aku, tapi bukan hanya di pihak aku. Aku cuba jadi dewasa, cuba berbincang cara dewasa, one-to-one kata si angmo sebelah apartment Nina. Tapi dia enggan mencuba to talk things out. Aku tak faham.

Minggu lepas Imri bagitahu aku dia dan buah hatinya bergaduh. Bukan kali pertama. Aku tanya dia, apa resolusi kau? Selamba dia jawab, pisah. Betul ke orang dewasa mampu buat keputusan dalam keadaan marah? Betul ke orang dewasa mampu menjadi rasional bila amarah sedang marak di kepala?

Aku tau aku ada silap. Condonation tu satu kesilapan. Aku silap mendiamkan. Aku silap kerana tak berterus terang. Aku silap sebab aku tak cakap dengan dia tapi cerita kat orang lain, minta pendapat yang lain. Aku tau silap aku. Tapi bukankah aku sudah minta maaf, bukankah aku sudah cuba untuk memperbaiki keadaan.

Aku tanya Imri lagi, apa yang cetuskan marah tu. Dia kata sikap buah hatinya. Aku tertanya-tanya, sikap kamu Imri tak cetuskan marah dia? Apa yang menyatukan dua orang dewasa yang berbeza sikap dan tingkah laku? Cinta atau komitmen? Hati atau kepala? Atau sekadar nama sebuah perhubungan? Sebagaimana ibu bapa aku yang dah 36 tahun bersama walau latarbelakang berbeza, sikap, kesukaan dan pendirian juga ada yang tak sama, apa yang menyatukan mereka?

Aku tak faham sikap orang dewasa. Semakin lama aku berada dalam alam kedewasaan, semakin aku jadi keliru kerana aku tak pasti apa itu kematangan. Matangkah orang yang lari dari masalah? Matangkah orang yang tak mahu terima realiti kehidupan yang penuh dengan perkara-perkara yang menyakitkan? Matangkah bila kita enggan meminta maaf dan memberi maaf?

Aku bingung.

Alien in da house

Being alienated ain't the issue here yieehaw. Thanks wulf for the invite.

Tuesday, June 1, 2010

Role Model...

Salam..tumpang lalu ye...cik aiko nk mnulis nieyh..cik aiko tesgtla bohsan d opis ni...mengadap tenet shj dr pg... klik sane klik sini segala ceruk gosip artis cik aiko jumpe...terhidangla dgn kehidupan sebilangan selebriti yg sgt tidak bermoral (cik aiko x bilang smua ye, tp kebanyakkan selebriti-cik aiko merujuk kpd selebriti tempatan-yg luar ngara tuh x yah compare la dh memg jauh sgt-)...terkojut cik aiko nengok gosip2 ni smua, tu blum lg crita yg smpai pd tlinga cik aiko..emm nk caye ke x, teserahla...kite punye akal dan fikiran sendri... so pd yg nk jdkan selebriti sbg role model tu renung2kn la... byk drama, byk plastiknyer hidup selebriti kita ni...

tp jgn la pulak ckp cik aiko ni ortodoks sgt ke old skul ke pe...ade gak selebriti yg cik aiko salute (wat ketika ini) sprt yuna (owh org ckp suara cik aiko mcm die bile cik aiko senyap...ok cik aiko tipu je, sebab kalo senyap, mane leh kua suara)..cantik je akak yuna tu (akak ke?)..jgn la ko brubah cik yunalis zarai oi...

cik aiko tulis ni utk renungan besama...cik aiko pun byk kurgnyer...kdg bile menulis pasal org, sbnrnye menulis tentg hal sendri..kerna kita x sempurna, dan kerna "saya" perlu "kamu" utk menjadi pengkritik yg mampu meningkatkan kesempurnaan "saya" dan bukan menjatuhkan "saya"...

renung2kan dan selamat beramal ya..

Monday, May 31, 2010

ceritera cinta versi aku

mulanya rasa indah
di tengahnya rasa keliru
bila hampir berakhir dirasakan payah

di antaranya ada rindu
di celahnya ada cemburu
di hujungnya ada sendu

tika gembira meledak di dada
senyum diukir tanpa paksa
tika duka mengalir di setiap urat darah
pedihnya tampak di mata

dia perlu kamu perlu dia
kamu perlu dia perlu akuinya
tanpa kamu dia tiada
tanpa dia kamu hampa

tanpa aku cerita ini tamat di sini sahaja.

yesterday.. today.. or tomorrow.. not a fairytale

opssss... tgk tajuk pon da tau.. sape kata hidup ni fantasi? tade maknenye... (sy bekas guru bahasa melayu dan saya berbicara dlm bahasa melayu) bole kn?? errrr... lieawulf bg kn... hikhikhik... arini bru cadang nk wat blog sesame.. and its done... sambil dgr lagu taylor swift ni... rasa2 cam kena je ngan tajuk blog ni... hehehehhe.. anyway.. thanx sbb invite.. wakakakak... nnt nk mengarut senang la... :)

holla

waaaaaaaaa wuuuuuuu weeeeeeeeee i like

It's back to blogging :)

Salam to all,

Finally I managed to find a few friends who are willing share and contribute to this long-awaited blog (on my part lah). I've been busy with work and studies that I neglected my other blogs and only managed to update them once in a while. So here's to a new, better and more frequently updated blog.

To Aiko and Kasya welcome! ^__^ and to fellow readers, greetings :) (rasa macam Planet of the Apes plak)..