Wednesday, June 2, 2010

Alam dewasa yang makin membingungkan

Banyak sangat konflik yang terjadi akhir-akhir ini. Barangkali ada silap di pihak aku, tapi bukan hanya di pihak aku. Aku cuba jadi dewasa, cuba berbincang cara dewasa, one-to-one kata si angmo sebelah apartment Nina. Tapi dia enggan mencuba to talk things out. Aku tak faham.

Minggu lepas Imri bagitahu aku dia dan buah hatinya bergaduh. Bukan kali pertama. Aku tanya dia, apa resolusi kau? Selamba dia jawab, pisah. Betul ke orang dewasa mampu buat keputusan dalam keadaan marah? Betul ke orang dewasa mampu menjadi rasional bila amarah sedang marak di kepala?

Aku tau aku ada silap. Condonation tu satu kesilapan. Aku silap mendiamkan. Aku silap kerana tak berterus terang. Aku silap sebab aku tak cakap dengan dia tapi cerita kat orang lain, minta pendapat yang lain. Aku tau silap aku. Tapi bukankah aku sudah minta maaf, bukankah aku sudah cuba untuk memperbaiki keadaan.

Aku tanya Imri lagi, apa yang cetuskan marah tu. Dia kata sikap buah hatinya. Aku tertanya-tanya, sikap kamu Imri tak cetuskan marah dia? Apa yang menyatukan dua orang dewasa yang berbeza sikap dan tingkah laku? Cinta atau komitmen? Hati atau kepala? Atau sekadar nama sebuah perhubungan? Sebagaimana ibu bapa aku yang dah 36 tahun bersama walau latarbelakang berbeza, sikap, kesukaan dan pendirian juga ada yang tak sama, apa yang menyatukan mereka?

Aku tak faham sikap orang dewasa. Semakin lama aku berada dalam alam kedewasaan, semakin aku jadi keliru kerana aku tak pasti apa itu kematangan. Matangkah orang yang lari dari masalah? Matangkah orang yang tak mahu terima realiti kehidupan yang penuh dengan perkara-perkara yang menyakitkan? Matangkah bila kita enggan meminta maaf dan memberi maaf?

Aku bingung.

No comments:

Post a Comment