Sunday, June 6, 2010

Selamat Hari Lahir

Hari ini harijadi dia yang ke-29. Aku tak pernah sambut harijadi dia. Cuma sekadar ucapan melalui sms dan panggilan telefon tiap kali jam berdetik 60 saat selepas tengah malam 6 Jun. Tetapi tahun ini seperti juga tiga tahun yang lepas, aku tak lagi menghubungi dia melalui telefon untuk ucap selamat. Sebaliknya aku hanya 'menyambut' dengan mengingati dirinya.

Dia ceria orangnya. Sanggup menari ala2 penguin Happy Feet di Times Square hanya kerana ingin memujuk aku menonton filem tersebut. Itulah kali pertama dan kali terakhir kami ke TS bersama. Waktu itu aku marah dia berkelakuan seperti budak2, aku tak suka. Tapi kini, kalaulah boleh nak aje minta dia menari lagi dan buat aku gembira. Hampir enam bulan kami berpisah, barulah aku berpeluang menonton Happy Feet di DVD. Barulah aku faham kenapa dia beriya-iya benar mahu aku menontonnya.

Hari ini harijadinya yang ke-29, aku benar ingin menghubungi..tapi akalku kata jangan. Cukuplah sekali dia katakan "You need to move on too". Di hari-hari yang hatiku degil dan tetap mahu mencari dia, ku pujuk dan beritahu diri "pastinya dia telah menemukan yang lebih baik"

I.A, selamat hari lahir...hari ini aku masih lagi menyambutnya dengan mengingati kamu dan dirimu sebelumnya.

No comments:

Post a Comment