Friday, September 3, 2010

ramadhan & syawal

Tahun ni saya rasa raya akan terasa lain.

satu - jauh dari kawan2. tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat student favourite tergolek di tangga. (*haha tersembul sifat nakal di bulan puasa..udah2 la tu alien, dah grad dah pun budak tu).

dua - raya di hujung minggu rasa tak puas nak berjumpa semua orang.

tiga - tahun ni sempat buat dua jenis kuih raya (kuih ringkas mudah dan cepat hahaha), tentula raya rasa lain sebab air tangan sendiri dan bukan air tangan makcik Noraini atau makcik Alina atau mak Jah.

empat - poket tak berapa nak berisi. tapi saya tetap positif, Allah Maha Adil pasti Dia sudah merancang segala yang terbaik.

Ramadhan kali ini pun terasa lain

satu - demam yang sangat teruk di hari pertama ramadhan - tak puasa tapi tak lalu makan dan minum kerana badan rasa sakit dan lemah. hari ke-2 dan ke-3 puasa masih demam tapi paksa kan diri puasa. hari ke-2 baru start solat terawih.

dua - buat keputusan yang penting pada penghujung bulan Ogos. syukur pada Allah kerana kasih sayang Nya dan pemberian yang tak pernah putus walau aku jarang bersyukur dan rajin lalai.

tiga - kurang baca al-quran di permulaan puasa, tapi sekarang tengah racing cuba baca sebanyak2 nya.

empat - lebih banyak masa di rumah. dapat berita gembira dari Mr.SuperV. lebih banyak sebab untuk sentiasa bersyukur.

***

Selamat menyambut Syawal kawan2. Tapi yang lebih utama, semoga kita sama2 memeriahkan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita tak berapa hari lagi ni dengan perkara2 sunat yang dituntut dan diajarkan oleh Rasulullah yang mulia.

Mohon maaf atas segala kekasaran perilaku dan bahasa. Mohon dimaafkan segala kesilapan dan kesalahan sama ada sengaja atau pun tidak.

Salam alaikum.

No comments:

Post a Comment