Malam ni hujan turun dengan lebatnya. Kaki suara aku pun basah ketika nak melangkah masuk ke dalam kereta walaupun tempat tu berbumbung. Hantar Z ke kelas lagi malam ni seperti malam2 weekdays sebelum ni. Punya la banyak air turun dari langit yang gelap menyebabkan wiper aku terpaksa bekerja keras untuk menjernihkan pemandangan aku yang memandu.
Bila tiba hujan, seluruh Lembah Klang pastinya jadi kelam kabut. Semua bergegas nak pulang dari pejabat, nak pergi dari poin A ke poin B secepat yang mungkin supaya tak terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Tapi nak buat camne, inilah keadaannya setiap kali hujan. Malam ni ada sedikit lainnya, barangkali kerana hujan turun selepas maghrib, ramai orang dah selamat berada di rumah masing2.
Semasa dalam perjalanan pulang dari kelas Z tadi, aku nampak 3 manusia bergelut dengan hujan, mereka kuat, hujan kuat lagi menimpa mereka, mereka bertahan, hujan bertambah lantang. Seorang pakcik berjalan tanpa payung meredah hujan, berpakaian gelap, laju langkahnya walau kesejukan. Seorang nyonya tua mengayuh basikal dengan topi besar yang selalunya dipakai pekebun untuk mengelak panas. Bajunya basuh kuyup, barangkali rambutnya juga. Tatkala aku menghampiri kawasan perumahan, seorang petugas keselamatan duduk di bawah payung besar memerhatikan kenderaan yang keluar masuk dari kawasan itu. Ada 'rumah treler' di belakangnya yang tentunya lebih selesa untuk berteduh dari payung gerai tu, tapi kerana tugas dia tetap duduk di situ. Seluarnya basah paras lutut, harus kasut dan stokinnya juga.
Aku yang duduk dalam kereta sejak tadi asyik mengeluh hujan menyebabkan aku sejuk, terpaksa matikan penghawa dingin - tambah sesak rasanya dalam keadaan yang kejap sejuk kejap panas. Hujan juga menyebabkan sukar untuk aku memandu, dah la rabun..tambah tak selesa dengan deraian hujan yang tak henti2 membasahi cermin kereta aku...
Betapa aku ni sentiasa lupa untuk bersyukur atas semua nikmat yang Allah dah beri..kalaulah aku yang kena meredah hujan tanpa payung atau topi, terpaksa bekerja tak mengira panas atau hujan, macam manalah rasanya..
Astaghfirullah..
Waktu melawat hospital putrajaya
2 months ago